Sejarah minyak di
Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat
Bumiputera di
Sabah dan
Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau 'minyak tanah' seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamanya di sekitar kampung
Miri.
Julai 1882,
Residen British di daerah
Baram telah mencatatkan adanya penemuan minyak. Beliau mencatatkan penduduk
Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan
perubatan dan untuk menghidupkan
lampu minyak dan juga sebagai campuran
damar untuk menampal
perahu.
1909, syarikat minyak
Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada
Syarikat Sarawak Shell hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber
petroleum yang terdapat di seluruh
Sarawak.
Ogos 1910, Minyak dijumpai di Kampung
Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dikeluarkan.
Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industri
petroleum secara komersial di
Malaysia.
1929, pengeluaran 29000 tong sehari.
Carigali minyak tertumpu di daratan bandar Miri sahaja.
Tahun 1941-1945,
telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.
1968, telaga minyak luar pantai yang pertama,
West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan. Sejarah minyak di
Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat
Bumiputera di
Sabah dan
Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau 'minyak tanah' seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamanya di sekitar kampung
Miri.
Julai 1882,
Residen British di daerah
Baram telah mencatatkan adanya penemuan minyak. Beliau mencatatkan penduduk
Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan
perubatan dan untuk menghidupkan
lampu minyak dan juga sebagai campuran
damar untuk menampal
perahu.
1909, syarikat minyak
Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada
Syarikat Sarawak Shell hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber
petroleum yang terdapat di seluruh
Sarawak.
Ogos 1910, Minyak dijumpai di Kampung
Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dikeluarkan.
Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industri
petroleum secara komersial di
Malaysia.
1929, pengeluaran 29000 tong sehari.
Carigali minyak tertumpu di daratan bandar Miri sahaja.
Tahun 1941-1945,
telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.
1968, telaga minyak luar pantai yang pertama,
West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan.