Author: Hayati
•9:10 AM

Malam Jalinan Kasih 2010

Tempahan meja No.9 heheh. kt meja tu alil n kkak yang x de..

Cik Nor datang lambat, jadi terpaksa dok meja kt luar...Tapi x pe, berbaloi gak dapat cabutan bertuah toester ngan hamper...Aku lak, nie 1st time dalam hidup dapat cabutan bertuah heheh, hamper besar tu,,,makan sorang x abis,,,tapi kalau ada yana kat rumah, confirm biskut kering pun jalan...

My mum n my granny (left)...Siti n kkak...Malam tu aku cakap ngan siti, confirm malam nie mak ngan abah dapat cabutan bertuah...alih2 diorang yang x dapat, aku, kkak, nyaie n siti yang dapat hihi,,tapi aku punya hamper bagi kat Cik Nor,,,sebab, dapat hamper banyak2 sapa nak perabihkan...

goodies for the nite.. me n my farther. abah jumpa gak cikgu yang penah lempang dia masa sek rendah dulu hihihi...kenangan tu,,aku pun penah gak kena rotan kt tangan ngan cikgu Zul sebab pe tah aku dh x ingat,,,

me n cikgu Gatu...Cikgu lain x sempat nak ambik gambar...

Author: Hayati
•4:06 PM
Semalam, alangkah terkejutnya bila tengok statement credit card de RM300 telah didebitkan... dalam hati bila masa lak aku bt pembayaran pape...
rupa-rupanya baru tersedar aku telah tertipu oleh satu panggilan telefon yang katanya nak buat survey,,,aku lak 'bijak' sangat telah memberikan no belakang kad tu,,,tah2 orang yang call tu dh baca2 dulu sebelum call aku,,,
oleh yang demikian, malam tadi dengan jayanya aku telah blok kad tu dan dalam masa terdekat ini aku nak buka akaun kat bank lain untuk apa2 urusan termasuk gaji...aku dh tak percaya dengan bank ini...
aku jugak doakan kepada mana-mana pihak yang telah jual aku punya data, diorang punya rezeki memang x halal...untuk orang yang call aku tu, siap ko....
ini adalah pengajaran paling bermakna dewasa ini...hmmmm sakitnya hati...
Author: Hayati
•11:40 AM
9.00 am
Awal bulan April haritu baru je dapat keta baru (New Saga BLM warna Blueberry Tea),,Mula-mula dapat, alamak nape stereng lari kekiri,, 1st service dh bt alignment tapi still lari lagi,,Dh x tahan, pergi tempat service tu balik, die tulkan (FOC),, tapi x setel lagi masalah...pastu pergi lak service proton kt bangi, dia kata bukan masalah alignment, mungkin masalah lain, dia suruh datang hari isnin, so today zairy tolong hantarkan, x tau pe jadi,, harap2 lepas ni ok,,jgn minyak keta dia habiskan lagi sudah laa,,Pagi tadi pulak, lepas park keta, terperasan lak nape tayar depan ni lembek semacam jerk,,,cek punye cek rupanya ada paku,,,alamak satu lagi masalah,,,zairy pergi tlg hantar kedai tampalkan, nasib baik rm6 jerk,,Harap-harap lepas ni, dah x der masalah lagi,,,
2.14 pm..
Alhamdulillah,,kereta sudah ok,,,stereng x lari lagi...
Author: Hayati
•10:26 AM

Saja berjalan-jalan di i-city, nice place, nice view & enjoy our journey...







Author: Hayati
•3:06 PM



Kamus Untuk Pengguna Komputer
Penggunaan kamus secara berterusan secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan bahasa seseorang. Kekerapan membuat semakan akan dapat membuatkan kita dapat mengingati makna dan maksud sesuatu perkataan dengan lebih mudah, khususnya dalam bahasa asing. Namun demikian, untuk membawa kamus ke sana dan ke sini adalah meremehkan bagi kebanyakan orang. Bagi pengguna komputer, khususnya internet saban hari kita akan terjumpa dengan perkataan-perkataan baru ketika sedang melayari internet. Sayangnya kita tidak dapat memanfaatkan penemuan perkataan-perkataan baru tersebut untuk menambahkan perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa kita. Ini disebabkan remehnya hendak membuat semakan di dalam kamus kerana kita terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu masa - mengendalikan komputer dan membuat semakan di dalam kamus buku.

Menyedari hakikat ini sebuah syarikat Bumiputera, iaitu Alaf Teras telah memperkenalkan perisian e-Kamus pertama pada tahun 2000. Kini setelah 10 tahun berkecimpung membangunkan perisian e-kamus, e-Kamus 5.02 adalah merupakan versi paling terkini dan sofistikated dengan kemampuan mencari makna perkataan secara gerakan tetikus dan juga dwiklik. Ini adalah fungsi yang menarik di mana pengguna tidak perlu menaip huruf untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan - cukup dengan gerakan tetikus atau dwilik pengguna akan melihat makna perkataan dengan hampir serta-merta di tetingkat khas e-Kamus 5.02 yang muncul. Pada masa yang sama pengguna dapat menentukan sendiri jenis kamus yang mereka ingin guna setiap kali menghidupkan perisian.

Perisian e-kamus 5.02 turut didatangkan dengan pelbagai pilihan jenis kamus yang semestinya menepati keperluan anda. Pada masa ini terdapat 17 jenis kamus yang anda boleh gunakan termasuk kamus-kamus istilah. Selain daripada itu perisian e-Kamus 5.02 juga mempunyai mempunyai penyemak ejaan Bahasa Melayu yang akan dapat berintegrasi dengan MS Words apabila perisian ini dipasang di komputer anda. Penyemak ejaan ini akan menandakan perkataan yang tersalah eja dan akan memberikan perkataan-perkatan cadangan. Jika anda seorang yang kerap menaip dan menyediakan dokumen dalam Bahasa Melayu, e-Kamus 5.02 juga adalah merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Maklumat lanjut mengenai perisian e-Kamus 5.02 boleh didapati di laman web E-Kamus-Malaysia.com. Anda juga boleh terus ke laman web tersebut dengan mengikuti pautan di bawah ini.

Laman web: http://e-kamus-malaysia.com