Author: Hayati
•12:26 PM
lama x update blog,,,

hari ni kt ofis semua orang sakit perut and muntah2...
ramai lak yang mc...huhu

penangan nasi lemak semalam, sedap mmg sedap tapi x tau nape...kin sebab sambal kot, sebab org yang x makan sambal ok je,,,huhu

ni pun tgh memulas-mulas, tapi leh control lagi kehkehkeh.....
Author: Hayati
•1:14 PM

Tibe2 ade sesi bersanding lak,,haha oleh kerana ramai yang tak dapat p majlis su, jadi dia terpaksa bersanding kt opis kehkeh


6 October 2010 (Wed)

Jamuan raya opis...

Menu: laksa johor, soto, n cm2 lagi..
Author: Hayati
•4:01 PM
Lampu pejabat telah ditukar kepada yang baru telah menaikkan semangat aku untuk membuat kerja cheewah,,,mula-mula memang sakit mata sebab terang sangat, tapi bila time buat kerja, ehh syok pulak dalam keadaan yang terang ini....
Setelah 5 hari berkerja selepas cuti panjang hari raya, hari ini baru bersemangat membuat kerja hehehe,,,padahal sebab hari ni hari jumaat...esok cuti lagi..kehkeh..
Author: Hayati
•4:58 PM


Surprise - birthday cake untuk ofismate..hehe



Majlis persaraan En.Hamid..dh bersara dh..aku lak baru nak bermula career chewah,,huhu lepas ni mungkin majlis berbuka puasa n majlis hari raya pulak,,,


Author: Hayati
•4:20 PM

30 Julai - 1 Ogos 2010
Tanjung Balau




Posing dulu sebelum bertolak sementara tunggu Cik Bed n family sampai..
Chalet Tanjung Balau (Kecil, muat untuk 3 dewasa sahaja)




Sampai je, terus bentang tikar kt tepi pantai n makan2, siap bw durian lagi ...







Sementara tunggu aku n kkak register, diorang semua pegi jalan2 kt jeti apa tah namanya...After check-in, aktiviti petang tu pegi desaru mandi-manda, air laut kt sini sangat bersih n jernih..memang puas hati..




Aktiviti malam BBQ..








Keesokan harinya selepas sarapan pagi (semua belum mandi) terus pegi Muzium Nelayan,,(mak dgn nyaie pakai kain batik lagi hihi) dalam muzium tu memang best...Lepas pegi muzium, terus check-out n pegi desaru lagi mandi manda sebelum hantar yana balik asrama..Tahun depan mungkin akan ke Port Dickson atau Terengganu pulak..


Jumpa lagi Family Day tahun depan...(insyaAllah),,

Author: Hayati
•9:10 AM

Malam Jalinan Kasih 2010

Tempahan meja No.9 heheh. kt meja tu alil n kkak yang x de..

Cik Nor datang lambat, jadi terpaksa dok meja kt luar...Tapi x pe, berbaloi gak dapat cabutan bertuah toester ngan hamper...Aku lak, nie 1st time dalam hidup dapat cabutan bertuah heheh, hamper besar tu,,,makan sorang x abis,,,tapi kalau ada yana kat rumah, confirm biskut kering pun jalan...

My mum n my granny (left)...Siti n kkak...Malam tu aku cakap ngan siti, confirm malam nie mak ngan abah dapat cabutan bertuah...alih2 diorang yang x dapat, aku, kkak, nyaie n siti yang dapat hihi,,tapi aku punya hamper bagi kat Cik Nor,,,sebab, dapat hamper banyak2 sapa nak perabihkan...

goodies for the nite.. me n my farther. abah jumpa gak cikgu yang penah lempang dia masa sek rendah dulu hihihi...kenangan tu,,aku pun penah gak kena rotan kt tangan ngan cikgu Zul sebab pe tah aku dh x ingat,,,

me n cikgu Gatu...Cikgu lain x sempat nak ambik gambar...

Author: Hayati
•4:06 PM
Semalam, alangkah terkejutnya bila tengok statement credit card de RM300 telah didebitkan... dalam hati bila masa lak aku bt pembayaran pape...
rupa-rupanya baru tersedar aku telah tertipu oleh satu panggilan telefon yang katanya nak buat survey,,,aku lak 'bijak' sangat telah memberikan no belakang kad tu,,,tah2 orang yang call tu dh baca2 dulu sebelum call aku,,,
oleh yang demikian, malam tadi dengan jayanya aku telah blok kad tu dan dalam masa terdekat ini aku nak buka akaun kat bank lain untuk apa2 urusan termasuk gaji...aku dh tak percaya dengan bank ini...
aku jugak doakan kepada mana-mana pihak yang telah jual aku punya data, diorang punya rezeki memang x halal...untuk orang yang call aku tu, siap ko....
ini adalah pengajaran paling bermakna dewasa ini...hmmmm sakitnya hati...
Author: Hayati
•11:40 AM
9.00 am
Awal bulan April haritu baru je dapat keta baru (New Saga BLM warna Blueberry Tea),,Mula-mula dapat, alamak nape stereng lari kekiri,, 1st service dh bt alignment tapi still lari lagi,,Dh x tahan, pergi tempat service tu balik, die tulkan (FOC),, tapi x setel lagi masalah...pastu pergi lak service proton kt bangi, dia kata bukan masalah alignment, mungkin masalah lain, dia suruh datang hari isnin, so today zairy tolong hantarkan, x tau pe jadi,, harap2 lepas ni ok,,jgn minyak keta dia habiskan lagi sudah laa,,Pagi tadi pulak, lepas park keta, terperasan lak nape tayar depan ni lembek semacam jerk,,,cek punye cek rupanya ada paku,,,alamak satu lagi masalah,,,zairy pergi tlg hantar kedai tampalkan, nasib baik rm6 jerk,,Harap-harap lepas ni, dah x der masalah lagi,,,
2.14 pm..
Alhamdulillah,,kereta sudah ok,,,stereng x lari lagi...
Author: Hayati
•10:26 AM

Saja berjalan-jalan di i-city, nice place, nice view & enjoy our journey...







Author: Hayati
•3:06 PM



Kamus Untuk Pengguna Komputer
Penggunaan kamus secara berterusan secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan bahasa seseorang. Kekerapan membuat semakan akan dapat membuatkan kita dapat mengingati makna dan maksud sesuatu perkataan dengan lebih mudah, khususnya dalam bahasa asing. Namun demikian, untuk membawa kamus ke sana dan ke sini adalah meremehkan bagi kebanyakan orang. Bagi pengguna komputer, khususnya internet saban hari kita akan terjumpa dengan perkataan-perkataan baru ketika sedang melayari internet. Sayangnya kita tidak dapat memanfaatkan penemuan perkataan-perkataan baru tersebut untuk menambahkan perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa kita. Ini disebabkan remehnya hendak membuat semakan di dalam kamus kerana kita terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu masa - mengendalikan komputer dan membuat semakan di dalam kamus buku.

Menyedari hakikat ini sebuah syarikat Bumiputera, iaitu Alaf Teras telah memperkenalkan perisian e-Kamus pertama pada tahun 2000. Kini setelah 10 tahun berkecimpung membangunkan perisian e-kamus, e-Kamus 5.02 adalah merupakan versi paling terkini dan sofistikated dengan kemampuan mencari makna perkataan secara gerakan tetikus dan juga dwiklik. Ini adalah fungsi yang menarik di mana pengguna tidak perlu menaip huruf untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan - cukup dengan gerakan tetikus atau dwilik pengguna akan melihat makna perkataan dengan hampir serta-merta di tetingkat khas e-Kamus 5.02 yang muncul. Pada masa yang sama pengguna dapat menentukan sendiri jenis kamus yang mereka ingin guna setiap kali menghidupkan perisian.

Perisian e-kamus 5.02 turut didatangkan dengan pelbagai pilihan jenis kamus yang semestinya menepati keperluan anda. Pada masa ini terdapat 17 jenis kamus yang anda boleh gunakan termasuk kamus-kamus istilah. Selain daripada itu perisian e-Kamus 5.02 juga mempunyai mempunyai penyemak ejaan Bahasa Melayu yang akan dapat berintegrasi dengan MS Words apabila perisian ini dipasang di komputer anda. Penyemak ejaan ini akan menandakan perkataan yang tersalah eja dan akan memberikan perkataan-perkatan cadangan. Jika anda seorang yang kerap menaip dan menyediakan dokumen dalam Bahasa Melayu, e-Kamus 5.02 juga adalah merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Maklumat lanjut mengenai perisian e-Kamus 5.02 boleh didapati di laman web E-Kamus-Malaysia.com. Anda juga boleh terus ke laman web tersebut dengan mengikuti pautan di bawah ini.

Laman web: http://e-kamus-malaysia.com
Author: Hayati
•10:20 AM
walaupun telah 6 tahun belajar BI di sek rendah, 5 tahun di sek menengah, 3 tahun di peringkat diploma dan 2 tahun diperingkat ijazah, tetapi penguasaan bahasa ini masih sederhana...kenapa yerk... kepada sesiapa yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa ini silalah klik disini .


Author: Hayati
•11:55 AM
Explanation:- to bitch/bitching = to complain or grumble about someone/something. - i suppose you can also say "mengata". but strictly speaking "mengata" is to talk bad about someone/something.

Nape perlu merungut-rungut tentang pelakuan pekerja baru sedangkan diri sendiri yang dah berkhidmat lebih 20 tahun menunjukkan teladan yang tidak baik...

Mengapa sering membangga diri dengan mengatakan diri sendiri dulu baik, bagus, ada initiative dan bla bla bla.....tetapi kini macam makan gaji buta....

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

Author: Hayati
•2:32 PM

Berhari minggu di Negeri Sembilan....

Cube teka ni tempat apa?

besar sgt kilang ni, kilang buat pasir @ simen kot...

highway baru ke Jempol, dh x yah lalu bukit putus yang memeningkan...
cornfirm lalu depan gerbang istana n depan die ade lak sawah yang sgt cantik pemandangan..

malam tu tdo kt hotel permaisuri..pemandangan dari tingkat 6..matahari baru nk kuar ni..



oleh kerana x tau berenang, kaki je la yg masukkan dalam air...tu pn kolam tuk bdk2 hehe
Author: Hayati
•4:20 PM
Pada 10 hb Dec 2009 yang lalu, jam 11.28 malam, lahir lah anak buah ku yang pertama...hehe

Nama diberi Muhammad Izz Al-Din...berat dia 3.25 kot...

dah lama rumah kt kg x de suara budak kecik...kiranya jadi penyeri la gitu...

ni masa umur dia 23 hari...muka mmg photostat ayah dia...haha